(GAMBAR) SAMBUTAN HARI LAHIR ZAIN SAIDIN, ROZITA CHE WAN BERI HADIAH PALING BERNILAI

| 24/02/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Tahun lalu di Flora Terrace, Hampshire Place, hari lahir Zain Saidin diraikan isteri tercinta, Rozita Che Wan. Tahun ini lokasi yang sama dipilih sekali lagi bagi meraikan sambutan hari lahir Zain yang ke-31.

gambar sambutan hari lahir zain saidin, rozita che beri hadiah paling bernilaiPada acara itu turut diadakan majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang dipimpin Imam Muda Asyraf. Bertemakan Glam Black, Rozita memilih untuk mengundang teman rapat dan ahli keluarga.

Lebih istimewa, Zain menjelaskan isterinya turut menghadiahkan pakej umrah. Zain dan Rozita akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada pagi 25 Februari.

“Kami akan pergi berdua ke sana. Ia umrah pertama saya dan isteri saya sudah beberapa kali mengerjakan umrah,” katanya.

Ditanya mengenai kehidupannya kini di usia sekarang, beliau sempat berseloroh membayangkan dirinya masih berusia 21 tahun. Banyak hal yang diimpikan selain mengharapkan rumah tangga bersama Rozita berpanjangan hingga ke jannah.

Zain juga mengakui kehadiran cahaya mata sulung comel hasil perkongsian hidupnya dengan Rozita iaitu Aaisyah Dhia Rana melengkapkan kehidupannya. Bayi popular itu kini sudah mencecah usia empat bulan.

Jom lihat beberapa lagi foto menarik sekitar majlis hari lahir Zain buat tatapan anda!

9

8

7

6

3

2

11

12

10

5


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *