(GAMBAR) SANDAL ‘MELETOP’ ROZITA CHE WAN, HADIAH HANTARAN PERKAHWINANNYA YANG LALU?

| 11/04/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Memang ‘meletop’ sandal yang dipakai oleh jelitawan Rozita Che Wan. Warna keemasannya cukup menarik. Sandal tersebut adalah hadiah hantaran perkahwinannya yang lalu. Che Ta menggayakannya ketika hadir ke sidang media tergempar yang diadakannya di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Che Ta Main

Biarpun sedang hamil tiga bulan, Cik Ta tampil menawan menyerlahkan seri ibu wanita mengandung pada petang itu. Sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilaian emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti. Katanya ia adalah hadiah hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.

“Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu,” katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan.

Che Ta

Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi.

“Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan…Hahaha,” katanya.

Kasut Che Ta

Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan  ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu.

“Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa,” ujarnya.

Incoming search terms:

  • gambar che ta mengandung
  • gambar cik ta mengandung

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *