(GAMBAR) SEMBUH DARI DEMAM DENGGI, SYAMSUL MULA EDAR KAD KAHWIN

| 27/03/2014 | 0 Comments
  • Sumo

syamsul

Pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana mula mengedarkan kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 18 April ini di Dewan Perdana Felda dekat sini.

Memetik sumber mStar, ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, majlis akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang. Sebanyak 500 kad jemputan akan diedarkan.

kad kahwin Syamsul

“Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah  berbulan madu ke Pulau Pinang.

“Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis di rumah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga,” katanya.

Majlis persandingan bertemakan putih dan merah jambu itu turut dilakukan serentak bersama adik SyamSul iaitu Syafik. Sebelum itu, Syafik dan tunangnya, Aiesyah Zainal akan bernikah pada 5 April depan. Kata Patimah, memandangkan kediaman baru Syamsul di Ukay Perdana, Ampang masih lagi belum siap, dia gembira apabila pasangan pengantin baharu itu akan tinggal bersamanya buat sementara waktu.

“Buat masa ini, meriahlah rumah kami kerana kedua-dua anak lelaki saya bersama menantu pun ada sama. Rasa seronok pula apabila anak-anak berkumpul di rumah. Doakan kami agar semua majlis berjalan dengan lancar, InsyaAllah,” pintanya.

Sementara itu, majlis di pihak perempuan akan diadakan pada Sabtu ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night. Syamsul telah diijabkabulkan dengan Puteri Sarah pada 8 Mac lalu di Masjid Sri Damansara di sini.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *