(GAMBAR) SEMPAT MELOLOSKAN DIRI, NORA DANISH SAMBUT HARI JADI DI KELAB HARAM?

| 12/03/2014 | 0 Comments
  • Sumo

nd

Program 999 yang bersiaran di tv3 baru-baru ini menyiarkan satu kisah serbuan pihak berkuasa yang dilakukan ke atas sebuah premis hiburan tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor.

Menurut sumber sebuah portal hiburan, wartawan 999 yang mengikuti pihak berkuasa tempatan ketika itu mendakwa ada seorang selebriti tempatan yang turut sama hadir ke pusat hiburan itu dipercayai untuk menyambut ulangtahun kelahiran beliau bersama rakan-rakan.

Wartawan tersebut menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish baru baru ini.

nd6

Menurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba dan tidak tahu sejauh mana benarnya — atau majlis sambutan beliau sudah tamat sebelum pihak berkuasa tiba.

Tonton sedutan video di bawah yang  ‘dipinjam’ dari portal video Tonton dan layan beberpa keping gambar sekitar majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang dianjurkan baru baru ini.

)

nd2

nd3

nd4

nd5


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *