(GAMBAR) TAHNIAH! ISTERI AJAK SHIRO SELAMAT LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN – KONGSI TARIKH UNIK?

| 26/03/2015 | 0 Comments
  • Sumo

pageTahniah diucapkan kepada pelawak Ajak Shiro dan juga isteri yang baru menimang cahaya mata ketiga mereka (bayi perempuan) yang selamat dilahirkan pada jam 1.00 tengah hari (Rabu) secara normal. 

Apa yang lebih membuatkan SM terharu ialah luahan perasaan Ajak di akaun Instagramnya yang sangat menghargai isterinya itu. Menurut pelakon dan pelawak ini, pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu merupakan satu perkara yang sangat besar walaupun terpaksa berhadapan dengan kekangan masa dan juga pelbagai kerenahnya sebagai suami.

ajak

Selain itu, uniknya tentang kelahiran bayi comel tersebut ialah dia turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua abangnya yang juga lahir pada 25 Mac.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Ajak menyampaikan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi  atas anugerah yang diterimanya selain mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan isterinya.

a

“Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah… Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan saya seorang anak perempuan.

“Lagi satu saya nak bgtau… Wife saya bagi hadiah ni pada hari yg sama… Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal Jad 25Mac10, Had25Mac13 dan harini adalah 25Mac15… Terima kasih pd semuanya… Alhamdulillah. #sayaajakdansayatidaksombong.“  tulisnya.

Apa-apa pun, dengan kelahiran cahaya mata baru ini, semoga keluarga ini akan terus meriah dan dalam masa yang sama, sentiasa bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.

Incoming search terms:

  • ajak shiro dan isteri
  • ajak shiro
  • isteri ajak shiro
  • gambar bersalin normal
  • beranak dalam air

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *