(GAMBAR) TERKINI ARRIANSHAH AKID YANG SERIUS COMEL!!

| 29/10/2014 | 0 Comments
  • Sumo

7Kalangan peminat Tomok, pasti sedia maklum yang penyanyi ini mempunyai seorang anak lelaki yang sangat comel diberi nama ArrianShah Akid yang berusia tiga tahun. Lebih-lebih lagi kalau gambar anak sulungnya itu dimuat naik di laman Instagram, pasti mencecah ribuan ‘like’ daripada para peminat.

“Budak kecil memanglah comel, kan”, ujar Tomok sambil tergelak.

“Sebagai ayah, saya gembira. Kalau kami keluar bawa dia jalan-jalan, memang ramai juga yang kenal dia dan mahu bergambar dengan dia. Tapi dia biasalah kan, dia ikut mood dia. Kalau mood dia baik, dia nak lah bergambar, kalau tak okay, tak okay lah.

“Walaupun ramai yang kenal anak saya, tapi saya tak ambil kesempatan dan janganlah ingat saya tumpang populariti anak pula (gelak). Apa yang saya berjaya capai setakat adalah hasil usaha saya”, ujar Tomok.

“Tapi sebolehnya saya tak mahu terlalu dedahkan dia. Macam sebelum ni ada juga yang minat mahu buat sesi fotografi kami sekeluarga, tapi saya tolak secara baik sebab Arrian masih kecil lagi. Dulu pernah ada pihak yang mahu tawarkan untuk iklan tapi bagi kami belum masanya lagi untu Arrian ke arah itu”, katanya.

Apa-apapun jom lihat beberapa keping lagi foto Arrian yang comel ini! Sumber: Instagram Tomok

1

2

3

4

5

6


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *