(GAMBAR) “TIDAK PERLUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK” – FAUZIAH LATIFF

| 04/06/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Melihat susuk tubuh wanita yang dikenali dengan nama Fauziah Latiff atau mesra dengan sapaan Jee Latiff ini, pasti sukar untuk mempercayai bahawa empunya gerangan telah pun mencecah usia 44 tahun. Masakan tidak, dengan tubuhnya yang tinggi lampai, ia menyerlahkan lagi kelangsingan ibu tunggal yang telah memiliki dua putera ini, selain kulitnya yang agak sukar menampakkan kedutannya.

1

Ditemui ketika menjayakan majlis sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia baru-baru ini, Jee yang menyarungkan gaun labuh berwarna hitam tampak begitu anggun, setara dengan kelibat artis muda yang turut hadir ke upacara penuh gemilang itu.

Apakah rahsia Fauziah dalam mengekalkan kejelitaannya itu? Memetik sumber Hits, Fauziah mula berkongsi mengenai amalan yang dilakukannya. Katanya, dia senantiasa membuatkan dirinya sibuk dengan pelbagai kerja, tanpa memberi ruang dan peluang kepada dirinya untuk memikirkan tentang peningkatan usianya.

2

“Paling tidak pun, saya cuma memperbanyakkan meminum air suam setiap hari dengan menjaga pemakanan. Dulu saya amat gemarkan makanan pedas, tetapi kini saya kurangkan pengambilan makanan berasaskan cili kerana asid yang terkandung di dalamnya tidak sihat untuk tubuh badan. Itu sahaja. Tidak ada perkara pelik yang saya amalkan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, menurut Jee, dia sering melakukan senaman ringkas dengan berjoging di atas treadmill. Selain itu, Jee juga aktif menyertai konvoi motosikal berkuasa besar mengelilingi negara jika tidak dikekang dengan kesibukan kerja. Dalam pada itu, Jee turut mengelak daripada sebarang pembedahan plastik bagi tujuan kosmetik semata-mata untuk kelihatan cantik.

3

“Saya nasihatkan sesiapa jua sama ada artis mahupun peminat agar menjauhi surgeri kosmetik ataupun suntikan botox. Kecantikan botox terutamanya hanya indah di kala muda, namun bila sudah berumur, ia mula nampak pelik dan menjelikkan. Biarlah kita pilih sesuatu yang semulajadi seperti ulam-ulaman ataupun buah-buahan. Insya-Allah, akan memberi kesan yang sama dengan pembedahan atau botox yang memakan belanja ribuan ringgit itu. Jimat,” terangnya.

Incoming search terms:

  • fauziah latiff
  • fauziah latiff 2014
  • fauziah latiff terkini 2014

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *