(GAMBAR & VIDEO) SCHA ALYAHYA SERONOK LARA ALANA BERAYA DENGAN RAMBUT BARU

| 13/07/2015 | 0 Comments
  • Sumo

lara alanaAnak pelakon dan pengacara Scha Alyahya, Lara Alana sebelum ini terkenal dengan gaya rambut pacak. Terkini, menerusi Instagram Lara Alana, terdapat video yang memperlihatkan rambut si comel sedang digunting. Nampaknya Lara Alana akan menyambut Aidilfitri dengan gaya rambut baru.

Scha yang memakai topeng dilihat memegang erat anaknya manakala Lara yang baru pertama kali merasai pengalaman menggunting rambut nampak sedikit ketakutan.

Bagaimanapun, disebabkan layanan yang diberikan oleh penggaya rambut yang pandai mengambil hati kanak-kanak, proses menggunting rambut itu berjalan dengan lancar. Malah sekeping foto Lara dengan rambut barunya dikongsi oleh Scha dengan kapsyen lucu yang berbunyi:

la

“Rara nak tanya, kalau rambut Rara senget tak boleh raya eh? #huwaaaaaa” tulisnya.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya memuji dan geram dengan kecomelan anak pasangan Scha dan Awal itu. Jom saksikan video si comel Lara Alana di bawah:

💇🏻👦🏻

A video posted by Si Pacak (@laraalanaa) on


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *