(GAMBAR) ZARINA ANJOULIE SELAMAT LAHIRKAN ANAK SULUNG

| 23/08/2016 | 0 Comments
  • Sumo

Zarina-Anjoulie-Selamat-Lahirkan-Anak-SulungTahniah diucapkan kepada pelakon, Zarina Anjoulie yang telah selamat melahirkan bayi sulung mereka, bayi lelaki pada Jumaat lalu, jam 8.30 pagi di Brunei. Berita gembira itu turut dikongsi menerusi laman Instagramnya selepas melalui kesakitan selama dua hari di hospital.

“Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya,” katanya.

gambar-anak-sulung-zarina-anjoulie

Zarina sebelum ini hanya mendedahkan separuh wajah anak lelakinya di Instagram, namun kini telah berkongsi wajah penuh anak sulung beliau kepada semua peminat yang pasti teruja untuk melihat wajah comel bayi itu. Gambar bayi comel tersebut turut dimuat naik berserta dengan nama bayi beliau, Martin Ezra Mikael.

Menerusi gambar tersebut, orang ramai mula membanjiri laman sosial pelakon itu dengan ucapan tahniah kerana selamat melahirkan bayi pertama mereka. Tidak kurang juga yang turut memuji kecomelan bayi tersebut.

SM doakan semoga kelahiran bayi ini dapat menceriakan lagi rumah tangga yang terbina.


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *