ISTERI PERSOAL ASHRAF MUSLIM MAHU KAHWIN TIGA?

| 30/08/2016 | 0 Comments
  • Sumo

Isteri-Persoal-Ashraf-Muslim-Mahu-Kahwin-TigaSebelum ini Ashraf Muslim menafikan desas-desus mengatakan beliau berhubung semula dengan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, namun beliau akui bahawa kedua isterinya ada bertanya kepadanya jika dirinya ingin mengambil wanita itu untuk menjadi isteri ketiga. Bagi Ashraf pula, beliau tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan dirinya akan berkahwin buat kali ketiga.

“Sejujurnya sudah lama tidak berjumpa dengan Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar tahun 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar. Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara berkenaan.

Terdahulu, Ashraf yang terkejut dengan gosip yang mula tersebar itu bersyukur kerana kedua isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah tenang menghadapi kontroversi yang mengaitkan beliau dan Sherry Ibrahim yang baru sahaja putusa cinta bersama pelakon, Fattah Amin. Walaupun mereka ada mempersoalkan perkara itu, namun beliau menafikannya.

Sebelum itu, Sherry dalam masa yang sama turut menafikan gosip berkenaan dengan menjelaskan bahawa tiada kepentingan untuk dirinya berhubung semula dengan Ashraf. Selain itu Sherry juga meminta kepada semua pihak untuk tidak lagi mengaitkan nama beliau bersama pelakon kacak itu yang juga bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang dan mempunyai tiga anak.

Sumber: Rotikaya

Incoming search terms:

  • ashraf muslim 2017
  • isteri ashraf muslim

Tags: ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *