IZREEN AZMINDA ‘MAKAN HATI’ DENGAN AMAR BAHRIN?

| 22/09/2016 | 0 Comments
  • Sumo

“Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia.”

catsBegitu reaksi pelakon, Izreen Azminda apabila diaju soalan mengenai bekas kekasihnya, Amar Baharin yang bakal menikahi Amyra Rosly, 25, November depan.

Sebelum ini, Izreen dikatakan pernah menjalin hubungan dengan Amar, namun kecundang. Bukan itu saja, Izreen enggan digandingkan bersama Amar dalam mana-mana projek drama atau filem.

“Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya.

“Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung,” katanya.

Enggan dikaitkan dengan mana-mana selebriti, Izreen berkata, gosip yang timbul mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki sebelum ini tidak lebih kepada mempromosikan drama lakonan mereka.

“Saya tidak ada masalah dengan selebriti, cuma saya akan cuba elak bercinta. Setiap kali digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki, pasti akan timbul gosip bercinta.

“Sebenarnya, saya bergambar dengan pelakon lelaki sekadar menaikkan rating atau mempromosi drama lakonan kami… Itu saja,” katanya.

Izreen mengaku pintu hatinya belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas apa yang berlaku.

Izreen sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Riza Baharudin, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar. Namun, mahligai yang dibina hanya bertahan tiga tahun.

Incoming search terms:

  • amar bahrain

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *