LAGU DATUK VIDA BERJUDUL I AM ME CIPLAK KARYA PUNJABI?

| 23/07/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Alamak, kecoh pula media sosial dengan isu lagu nyanyian Datuk Seri Vida berjudul I Am Me kedengaran seakan-akan sama dengan sebuah lagu Punjabi berjudul Bling-Bling Mr Singh.

Kalau dengar kedua-dua lagu berkenaan memang ada persamaan. Persoalannya, adakah perkara itu bersifat kebetulan atau Edry Abdul Halim selaku penggubah lagu I Am Me sememangnya menjadikan lagu Bling Bling Mr Singh ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan single Vida?

Lagu Bling Bling Mr Singh telah dimuatnaik ke laman YouTube pada 10 November 2013 iaitu kira-kira empat tahun lalu oleh pemilik akaun bernama Shobhit Gill.

Tiada ulasan lanjut mengenai latar belakang lagu ini namun ia dinyanyikan secara duo oleh penyanyi kanak-kanak bernama Anoop Singh dan RDB di bawah label Three Records Music Entertainment.

Ya lagu ini cukup catchy dan sedap di dengar. Malah aksi kanak-kanak dalam klip pendek ini menari bhangra yang digabungkan bersama tarian moden hip hop cukup menarik perhatian.

Anda dengar, anda nilaikan sendiri.

Ini lagu DS Vida, I Am Me…

Ini pula lagu Bling Bling Mr Singh….

I Am Me nyanyian Vida yang dimuatnaik di YouTube pada 13 Julai lalu mendapat tontonan lebih 1.7 juta.

Sebelum ini pengacara Datuk Aznil Nawawi pernah menimbulkan persoalan apabila lagu Profesor Klon nyanyiannya ciptaan Edry mempunyai persamaan dengan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Penyanyi Ayai (Ilusi) juga pernah meluahkan rasa kecil hati apabila lagu Ku Kejar Bayangmu miliknya turut sama dengan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel.

Kita nantikan apa jawapan Edry dan Tok Vida sendiri.

Sumber asal: mStar Online


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *