MENAHAN SEBAK, NORA KONGSI DETIK TERAKHIR BERSAMA SUAMI

| 24/03/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Impian Nak Sambut Ulangtahun Perkahwinan, Tinggal Kenangan - Nora

Penyanyi Nora Ariffin akui reda dengan pemergian suami tercinta, komposer Johan Nawawi awal pagi tadi (Jumaat). Nora berkata, dia tidak ralat suami pergi meninggalkannya kerana sempat bersalam, meminta maaf dan mencium tangan Allahyarham buat kali terakhir.

“Malam tadi, sebelum pulang ke rumah kami sempat berbual seperti biasa dan saya minta izin daripada arwah untuk pulang kerana pihak hospital tidak membenarkan saya untuk menemani suami.

“Dia benarkan saya pulang dan hati tidak sedap sepanjang malam sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada hospital,” katanya sebak.

Tambah Nora, dia dan arwah suami telah merancang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada 9 April ini.

“Macam-macam yang kami rancang, dia kata nak pakai tuksedo dan saya akan memakai baju pengantin untuk mengenang kembali memori ketika majlis perkahwinan kami dahulu.

“Majlis itu diadakan serentak dengan showcase saya sepatutnya.

“Tetapi itulah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya reda dia pergi di hari yang baik, pada waktu yang baik.

“Saya akan selalu merindui dia. Mati hidup balik pun saya tak akan jumpa lelaki seperti Johan,” katanya gagal menahan sebak.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia akan terus kuat untuk anak-anaknya dan meneruskan perniagaan yang dijalankan suami.

“Saya akan meneruskan perniagaan kami, lebih-lebih lagi ‘Ummi’ kerana dia mahu lihat produk tersebut berjaya,” katanya.

Johan dibawa ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby pada pukul 10 malam tadi sebelum dimasukkan ke wad kecemasan pada 11.30 malam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.30 pagi tadi dan jenazah di bawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.

Sumber: Astro Gempak

Incoming search terms:

  • senarai nama pelakon lelaki terbaik
  • BeritaSoGood com – Berita Terkini Hiburan Sensasi
  • Izreen Azminda Kahwin
  • kisah keluarga dr sam
  • MESIN BASUH YANG UNIK
  • muhammad anak farid kamil
  • Sekitar Majlis Perkahwinan Azwan Kombos
  • suami nora
  • suami nora meninggal dunia

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply