“MENYANYI, BERCAKAP KE MERAUNG” – KARL SHAFEK BERI PENJELASAN ISU PERTIKAIKAN CARI NYANYIAN FYNN JAMAL?

| 07/10/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Pelakon Karl Shafek menyifatkan tindakannya mempersoalkan bakat penyanyi Fynn Jamal ketika menyanyikan lagu baharu berjudul Suatu Pernah adalah atas kapasiti dia sebagai seorang pendengar. Karl berkata, dia tidak berniat untuk memandang rendah kebolehan Fynn Jamal sebaliknya ingin mendapatkan jawapan tentang cara penyampaian penyanyi itu.

page“Apa yang saya tulis di laman sosial tentang Fynn Jamal adalah satu pertanyaan kerana ketika saya mendengar radio ada seorang pendengar yang memberi komen tentang cara nyanyian Fynn iaitu seperti orang meraung. Perkara itu menganggu fikiran saya hingga saya menulis soalan itu dilaman sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

Karl Shafek Facebook

Sementara itu, Karl berkata, dia berharap penyanyi tersebut tidak berkecil hati dan menerima kritikan tersebut sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya yang baik. Dia tidak pernah menafikan bakat Fynn Jamal sebagai seorang komposer dan penulis lirik yang bagus, namun cara penyampaiannya membuatkan lagu tersebut dianggap kurang sesuai.

“Apa yang saya tulis itu adalah pendapat peribadi sebagai seorang pendengar sahaja, saya bukan penyanyi dan pemuzik. Malah saya juga kagum dengan lagu-lagu puisi yang dihasilkan, cuma cara nyanyian dia sahaja yang membuatkan saya tertanya-tanya mengapa lagu tersebut dinyanyikan sebegitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Karl mengakui, tulisan tersebut menerima pelbagai kritikan daripada peminat-peminat penyanyi itu yang tidak berpuas hati dan menganggapnya tidak layak memberi pandangan.


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply