NABILA HUDA BUKA MULUT, BERI PENJELASAN ISU DIKATAKAN RUMAH TANGGA BERANTAKAN?

| 30/08/2016 | 0 Comments
  • Sumo

NABILA-HUDA-BERI-PENJELASAN-ISU-RUMAH-TANGGA-BERANTAKANPelakon, Nabila Huda menyifatkan laporan di ruangan pojok sebuah akhbar kononnya perkahwinannya dilanda badai sebagai gosip mengarut dan tidak masuk akal.

PENJELASAN NABILA HUDA ISU RUMAH TANGGA BERANTAKAN | Nabila berkata, dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.

“Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu?

“Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan,” katanya.

Semalam, sebuah akhbar mingguan tempatan menerusi ruangan pojoknya melaporkan rumah tangga aktres itu dikatakan sedang berantakan. Sementara itu, berdasarkan laman sosial milik bintang Munafik berkenaan, foto mahupun kapsyen dimuat naik langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perkahwinannya dilanda masalah.

Untuk rekod, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu.


Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *