“PAKAI BAJU KETAT NAK JUMPA TUHAN, KAU DAH KENAPA” – KRITIKAN PEDAS SHARNAAZ AHMAD BUAT MEREKA PAKAI JUBAH HIPSTER

| 26/01/2016 | 0 Comments
  • Sumo

sharnaaz ahmad‘Hipster’ satu perkataan yang popular di Malaysia ketika ini. Macam-macam yang timbul contohnya, ‘cafe hipster’, ‘fesyen hipster’ dan yang terbaru ‘jubah hipster’.

Jika diperhatikan, memang banyak rekaan jubah di pasaran. Ada yang kadang-kadang nampak bersesuaian dan ada yang sebaliknya. Buat Sharnaaz Ahmad, beliau berpendapat rekaan jubah hipster haruslah kena pada tempatnya.

Ini adalah baju keagamaan jangan buat sesuka hati. Nak pakai baju ketat, pergi kelab bolehlah. Pakai baju ketat nak pergi jumpa Tuhan, engkau dah kenapa? Cara tak betul. Kita ada adab pemakaian dan adab segala adab.

Kalau kita tak ada adab, itu dah kurang ajar. Bagi saya yang pakai jubah hipster itu kurang ajar dan penciptanya juga kurang ajar. Kalau nak ketat, buat baju kemeja ketat cantik-cantik.

Sharnaaz yang mementingkan keselesaan dalam berpakaian memberitahu beliau sama sekali tidak akan memakai jubah hipster yang terlalu ketat.

Jubah hipster potongan ke arah tidak selesa. Berat mata memandang. Nak buat macam mana kalau pereka kita otak singkat di zaman sekarang. Industri jubah dicemari dengan jubah hipster yang agak ketat dan merepek daripada pereka yang tak tentu.

Saya tak akan pakai jubah yang terlampau ketat menunjukkan otot yang tak berapa nak tumbuh.

Sebagai info, Sharnaaz Ahmad turut mengeluarkan jenama jubah lelaki sendiri.

Incoming search terms:

  • ruhainies ketat
  • ruhainies pakai baju ketat
  • ruhainies baju ketat
  • ruhainies berpakaian ketat

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *