PELAJAR UM DIKECAM BERLAGAK ISU PERLEKEH AKADEMIK PELAJAR UNIMAP?

| 23/07/2015 | 0 Comments
  • Sumo

pageKecoh  di laman Twitter baru-baru ini apabila di satu page yang mewakili pelajar Universiti Malaya (UM) di media sosial, admin yang menggunakan twithandle @budakUM dianggap telah memperlekeh tahap akademik pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Status itu berbunyi, “Berani mak cik aku tanya result dapat berapa.. helo I student UM hokey.. bukan UniMAP.. kalau tak dapat dekan tu perkara biasa.. *jeling”.

a

Kenyataan angkuh dan sombong dengan memetik nama UniMAP itu sekali gus mengundang kemarahan seluruh pelajar dan alumni universiti tempatan tersebut. Apa tidaknya, status tersebut jelas ingin menggambarkan percapaian akademik UM tidak sama taraf dan jauh lebih baik daripada UniMAP.

Tambah panas dan sensasi, seorang pelajar UM tiba-tiba muncul bagaikan mencurah minyak ke api apabila mula mempersoalkan tentang kewujudan universiti tempatan tersebut.

b

Entah bagaimana, isu ini turut menangkap ke telinga Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin yang tampil bersuara menzahirkan kekecewaan berkenaan isu tersebut.

c

Jelasnya, pelajar UniMAP telah diajar untuk menghormati satu sama lain dan bukan bertindak memperlekehkan pelajar universiti lain. [sumber: mynewshub.cc]


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *