PELAKON CILIK RYKARL ISKANDAR BERHENTI SEKOLAH, TAK TAHAN DIEJEK?

| 23/08/2015 | 1 Comment
  • Sumo

Pelakon kanak-kanak iaitu Rykarl Iskandar memberitahu dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada pembelajaran dari rumah atau home schooling selepas tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.

Pelakon-Cilik-Rykarl-Iskandar-Berhenti-Sekolah-Tak-Tahan-Diejek“Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu. Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara ‘home schooling’ sejak awal tahun ini,” katanya kepada mStar Online.

Rykarl sebelum ini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway. Dalam pada itu, Rykral berkata, walaupun pada awalnya dia agak kekok belajar dari rumah tetapi lama kelamaan dia semakin selesa.

Jelasnya, menerusi kaedah itu dia mampu membahagikan masa terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pelajaran tanpa perlu bimbang tidak dapat hadir ke sekolah jika sibuk di lokasi penggambaran.

“Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok. Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksible bersesuaian dengan jadual penggambaran,” katanya.

Incoming search terms:

  • biodata rykal
  • biodata raykal
  • rykal iskandar biodata
  • biodata rykal iskandar

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. irdina says:

    adik teruskan belajar ……upsr nanti dapat 6a amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *