PENJELASAN SHAHROL (SHIRO) & JEP (SEPAHTU) DAKWAAN GADUH DAN BERTUMBUK?

| 24/01/2014 | 0 Comments
  • Sharebar

Mesti ramai yang mengikuti pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) mengetahui kehebatan lawak-lawak yang dipersembahkan oleh kumpulan Shiro dan Sepahtu. MLM 2013 kini hampir ke kemuncaknya. Boleh dikatakan setiap peserta ada peluang untuk muncul sebagai juara.

page

Di sebalik kemeriahan dan kehangatan MLM 2013 timbul desas desus mengatakan kumpulan Shiro dan Sepahtu bergaduh di belakang pentas. Kedua-dua kumpulan pelawak popular itu dikatakan berselisih faham dan berdepan tekanan hebat dalam pertandingan itu sehingga membawa kepada perbalahan di antara mereka di belakang pentas, baru-baru ini.

Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 30, berkata, dakwaan mengatakan mereka bergaduh tidak berlaku walaupun dia mengakui persaingan berbaki dua minggu dalam MLM2013 semakin sengit. Shahrol berkata, suasana dan semangat pertandingan kali ini berbeza berbanding tahun lalu kerana persaingan kuat antara peserta.

“Kalau nak kata bertekak atau bertumbuk itu memang tak ada. Setakat berdiam diri, tak bercakap itu mungkin. Saya akui ada tekanan tinggi dalam pertandingan ini. Mungkin kalau tertekan sangat persiapan masing-masing kami tak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih. Tapi nak kata sampai kami bergaduh, bertumbuk atau meninggi suara itu memang tak berlaku. Tekanan kali ini sangat tinggi. MLM2012 dulu kami seronok dan santai, tapi tahun ini persaingan lain macam. Tempoh pertandingan dilanjutkan ke 13 minggu berbanding 10 pada tahun lalu mempengaruhi tekanan antara kami. Tahun lalu, kalau gaduh pun antara saya dan Ajak (Shiro) saja, tapi tahun ini tekanan kuat jadi mungkin sesama peserta rasa impaknya,” katanya dalam satu laporan akhbar.

Sementara itu, Jep Sepahtu atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, tiada konflik atau perselisihan faham berlaku seperti didakwa kerana hubungan mereka akrab seperti biasa.

“Semua okey dan tak ada apa-apa kot. Hubungan kami memang rapat dan tak tahu pula kalau benda (gaduh) itu berlaku (ketika) saya tak ada di situ. Setahu saya benda itu tak betul. Kami bertegur baik macam biasa saja. Letihlah dengan tuduhan macam ini, tapi inilah cabaran dalam pertandingan,” katanya.

Sebagai info, MLM 2013 kini memasuki minggu ke-11. Kini hanya tinggal enam peserta iaitu Sepahtu, Jambu, Shiro, Bocey, SYJ dan Nabil.

 

Incoming search terms:

  • jep dan shahrol bergaduh
  • jep sepahtu dan shahrul shiro bergaduh
  • shiro mlm
  • Shahrol mlm
  • isu jepo dan sharul
  • kumpulan shiro
  • mohd nadzri zainal abidin jep sepah dan shahrol azizie azmi
  • sepahtu maharaja lawak mega 2013
  • sharul dan ajak

Tags: ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply