PENJELASAN ZARA ZYA BILA DIDAKWA BUAT PEMBEDAHAN MUKA UNTUK CANTIK

| 10/09/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Sesiapa pun pasti terkejut apabila terkena sebegini. Begitu juga pelakon Zara Zya yang turut tidak terlepas dari fitnah. Mungkin sudah resam dunia hiburan pantang tengok ada yang berjaya mesti akan muncul orang yang cuba merosakkannya.

Mengenai Zara, ada individu yang telah mencipta akaun palsu dengan nama zarazya_gile_pengkid, semata-mata untuk mengaibkan pelakon berusia 32 tahun itu. Zara dituduh membuat pembedahan pada wajahnya kerana individu itu menyifatkan pelakon itu kini semakin jelita.

Tidak mudah melatah, Zara bertindak memuat naik akaun palsu itu di dalam akaun Instagramnya @zarazya bagi menjernihkan keributan yang dibina individu tersebut.

“Saya dapat tahu mengenai kewujudan akaun berkenaan selepas peminat menghantar mesej melalui Instagram. Saya terus melihat akaun palsu tersebut dan terkejut dengan apa yang ditulis individu itu mengenai diri saya.

“Jadi, saya berasakan ia patut diuar-uarkan kepada peminat dan netizen kerana apa yang ditulis semuanya tidak benar dan ia sangat teruk. Saya tidak mahu orang percaya dengan apa yang ditulisnya,” luah Zara dipetik sumber Sensasi Bintang.

Tiada sasaran individu mana yang melakukan perbuatan itu kerana tidak bermusuhan dengan sesiapa, Zara bagaimanapun mencabar individu itu untuk berjumpa dan membelek sendiri wajahnya.

“Saya mahu orang yang buat akaun palsu itu datang berjumpa dan tengok sendiri wajah saya sama ada terdapat perubahan atau tidak. Bagaimanapun saya percaya orang macam itu tidak akan berani untuk berjumpa sebab dia memang ada masalah hati,” ujarnya.

Jelas Zara, dia tidak berdendam dengan individu berkenaan dan terima perkara itu dengan hati terbuka sementelahan ia asam garam yang perlu dilalui golongan selebriti sepertinya.

Pada masa sama, Zara juga berdepan dengan netizen yang menuduhnya wanita jahat hanya kerana dia mewarnakan rambutnya.

“Macam-macam benda pula yang berlaku. Ada pula yang tuduh saya perempuan jahat selepas bertindak mewarnakan rambut. Saya kecewa dengan individu-individu seperti ini kerana mereka sesuka hati bercakap tanpa berlapik. Jagalah sikit hati orang. Cuba bayangkan kalau diri sendiri yang dituduh sedemikian rupa,” luahnya sayu.

Tidak berniat untuk membawa kes tersebut ke balai polis, Zara bagaimanapun menyifatkan ia sekadar perkara remeh dan kecil, namun perlu disuarakannya supaya ia tidak berterusan.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *