PERSONALITI TV3, AZAWATE ZENOL ABIDIN DISAMUN, SUAMI DIPUKUL?

| 10/01/2014 | 1 Comment
  • Sumo

Pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin dan keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan personaliti televisyen dan tiga anaknya hendak keluar rumah.

AA

Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.

“Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.

“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di bahu dan kepala,” katanya.

Incoming search terms:

  • azawate zenol

Tags:

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. md azmi says:

    dah kahwin ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *