PUNCA SEBENAR JOHAN TAK SERTAI MLM2014 DAN ZIZAN SERTAI VIRUS?

| 27/10/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Tahniah kepada Johan yang baru-baru ini berjaya menjuarai pertandingan Super Spontan 2014 dan membawa pulang hadiah RM100,000 serta sebuah kereta Toyota Camry dan trofi.

image26

Bercakap kepada Astro, Johan berkata dia ingin rehat sebentar selepas Super Spontan 2014 sebab itu dia tak sertai MM2014. Namun Johan memberitahu dia mungkin akan  menyertai Maharaja Lawak Mega 2015, tahun hadapan bersama Jozan. 

Tentang status Jozan, adakah masih ada atau sudah bubar? Bagi Johan, Jozan tetap Jozan dan kumpulan duo itu masih ada. Yang utamanya Jozan masih wujud, namun jika ada side income atau job lain mereka berdua (Johan dan Zizan) boleh sertai.

Jadi tidak salah untuk Zizan sertai Virus di dalam musim baru Maharaja Lawak Mega 2014 dan sekiranya Johan dan Zizan ingin sertai Maharaja Lawak Mega 2015, mereka akan kembali bergabung menjadi JOZAN.

Sementara itu, Johan juga dikatakan tidak akan menyertai Super Spontan tahun hadapan, jadi kemungkinan besar dia akan sertai semula Maharaja Lawak Mega 2015.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN, KAKITANGAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *