PUNCA SEBENAR PASANGAN KAHWIN MUDA BERCERAI

| 29/11/2013 | 2 Comments
  • Sharebar

“Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

ROGOL

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Untitled

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

ZsyRJcG

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil..

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati, menurut sumber Awani.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Bekas suami menafikan perbuatan rogol itu berlaku. Baca penafian dia kat sini ;

444

Incoming search terms:

  • nor fazira saad
  • keinginan sebenar suami
  • kes penceraian oleh pasangan muda di kuala terengganu
  • pasangan kawin muda di malaysia
  • Perempuan yg di rogol

Tags: , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. joe says:

    tu la kecik-kecik dah gatai nak kawe..cuba kenal dunia luar dulu..mak bapak pun sama jer ni dok turut sgt…org dewasa yg kat luar dah bekerja tu pun takot nak kawen..diri sendiri pun kekadang nak bernafas pun susah…

  2. eyda says:

    apala yang nak diharapkan pada budak yang umur 13 tahun… masak nasi pun belum tentu pandai… umur macam tu mmg la suka memberontak…

Leave a Reply