RESPON DATUK SERI VIDA MENGENAI LAMARAN RANI KULUP

| 04/08/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Sebelum ini Abdul Rani Kulup Abdullah atau dikenali dengan panggilan Rani Kulup telah melamar peguam kontroversi, Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, untuk dijadikan sebagai isterinya.

Bagaimanapun selepas hampir seminggu tidak menerima sebarang jawapan daripada Siti Kasim, Rani Kulup meluahkan hasratnya untuk menyunting pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman pula.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu berkata, beliau berharap Datuk Vida membuka peluang untuknya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana penerimaan isterinya mengenai hasratnya itu, Abdul Rani berkata, isterinya ‘tidak kisah’.

“Isteri-isteri Ayah ‘steady’,” jelasnya yang mesra disapa dengan panggilan ayah.

Apa pula respon Datuk Seri Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida?

Memetik sumber, Datuk Seri Vida telah menolak lamaran Abdul Rani Kulup dan berkata lelaki itu tiada ciri pilihannya. Dia mahukan seseorang yang boleh memajukan perniagaanya selain memiliki lelaki bermata kelabu, kaya, muda serta kacak.

“Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Vida turut mengingatkan Abdul Rani supaya tidak mencari publisiti murahan.

 

Terdahulu, Datuk Vida yang sah bercerai talak satu pada April lalu menginginkan calon suami mempunyai mata berwarna kelabu, ala-ala jejaka mat saleh dan seseorang yang suka beli-belah.

Memetik laporan media tempatan, usahawan itu dipetik berkata,calon suaminya juga haruslah menerima beliau seadanya.

“Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. Lelaki mana sanggup terima kalau sekali ‘shopping’ saya borong 14 ‘handbag’. Pengsan lelaki tu.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya berseloroh mengenai ciri-ciri calon suami diingininya.

Incoming search terms:

  • sikitar majlis pernikahan tun aminah
  • tunku aminah kahwin
  • Majlis Pernikahan Tun Aminah
  • sessasi hiburan

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *