RESPON SAJAT BILA ADA YANG PERSENDA WAJAH ANAK KEMBARNYA

| 07/09/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Semua orang suka bergurau. Tetapi biarlah berpada-pada. Kalau dah sampai tahap menghina dan menjatuhkan aib orang itu bukanlah sesuatu yang mengembirakan sebaliknya hanya menyakitkan hati.

Ia terjadi kepada pengasas produk kecantikan Nur Sajat apabila seorang individu yang terkenal dengan video viral dan parodinya mempersendakan wajah anak kembarnya.

Pada SS, tindakan individu tersebut memang melampau dan sudah tentu boleh membuatkan mana-mana ibu bapa pun berang. Ada satu gambar Sajat dengan dua anak kembarnya (jangan tanya SS) telah ditukar rupa dengan wajah yang lain.

Berang dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu ini, sajat segera memberi respons terhadap isu ini di akaun pelawak tersebut. Malah, Sajat turut melabelkan individu ini sebagai seorang pelawak yang tiada kualiti kerana tiada modal lain untuk membuat lawak.

Bukan itu, Sajat turut memuat naik posting lelaki tersebut di akaunnya dengan berkata dia tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengambil tindakan terhadap individu ini.

“Jangan ingat saya diam,awak boleh suka suka hati nak mempersendakan rupa anak saya.. ini dah mengaibkan ini… kepada. XXXX untuk awak saya akan ambil tindakan…jgn suka suka hati nak buat lawak yang tak ada kualiti.. ini awak dah masuk kan pic saya dan edit muka anak saya… AWASSS!” tulisnya di ruangan komen.

Sementara itu, Datuk Aliff Syukri juga turut memberi respons terhadap isu ini dan menganggap lelaki tersebut agak melampau dan menasihati Sajat untuk mengambil tindakan agar memberi pengajaran buat individu tersebut.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *