“SAYA ADA SEBAB KENAPA PENDAMKAN PERKARA INI” – ERRA FAZIRA

| 19/02/2014 | 2 Comments
  • Sumo

Setelah sekian lama, akhirnya teka-teki keretakkan rumah tangga Erra Fazira dan Engku Emram terjawab semalam apabila pasangan ini sah bercerai talak satu secara baik di mahkamah.

erraSetelah selesai perbicaraan semalam, Erra memohon agak dirinya tidak lagi diganggu. Erra turut memaklumkan dia akan meneruskan kerjanya seperti biasa. Spekulasi semua terjawab. I hope everyone leave me in peace, katanya.

Walaupun kelihatan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, Erra yang ditemui oleh wartawan portal GUA menyatakan berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memetik sumber Gua, kata Erra:-

erra3

Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya

Orang nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga

Saya kini mahu fokus dengan kerja kerana jika saya tak ada sebarang kerja dan hanya duduk di rumah saja, sudah tentu saya akan melayan perasaan. Saya mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara ini.

Sementara itu salah seorang kawan baik Erra Fazira iaitu Erma Fatima memaklumkan yang pelakon tersebut telah memberi gambaran keretakan rumahtangganya sejak setahun lepas. Kata Erma:-

erra2

Sebagai kakak, saya memang sangat sedih dengan penceraian Erra dan Engku Emran. Erra beritahu saya dia sudah fikir dengan masak-masak dan mahu bercerai dengan baik dengan Emran. Dia hanya lebih fikirkan masa depan anaknya, Engku Aleesya semata-mata dan sanggup menjaga Aleesya secara bergilir-gilir dengan Emran.

Saya difahamkan, Erra hanya dapat bersama Aleesya selama 2 hari saja dalam seminggu iaitu Ahad dan Isnin selain cuti sekolah dan hari perayaan manakala selebihnya menjadi hak Emran. Sebenarnya sudah leih setahun Erra memberi gambar rumahtangganya dengan Emran bergolak.

Saya pula yang hiba dan menangis tatkala mendengar Emran melafazkan cerai. Saya hanya mampu berdoa agar mereka berdua diberikan ketenangan menghadapi semua ini.

Semoga semua pihak hormati keputusan Erra supaya tidak diganggu. Doakan yang terbaik buat Erra dan Engku Emram, terutama sekali buat anak pasangan ini.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. amanda jeff says:

    Dia artis..dia pun manusia biasa …ade perasaan…ada keinginan…kami sokong dgn keputusan erra….

  2. Liya says:

    Kita x tau masalah mereka…jgn terus menghukum…dia pun manusia biasa,hanya erra & engku emran je tahu masalah dlman rumahtangga mereka.Semoga erra tabah dgn ujian ini.Kesian kat anak mereka Alesya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *