“SAYA BERSEDIA LEPASKAN EMMA” – ZIZAN RAZAK

| 03/06/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak pelik bagaimana boleh timbul isu saman antara syarikat pengurusan WireFrame Entertainment (WFE) dengan kekasihnya yang juga artis naungan syarikat tersebut, Emma Maembong.

zizanemma

Jelas Zizan, kontrak Emma akan tamat sekitar bulan Jun, jadi lebih baik perkara tersebut tidak diperbesarkan sehingga kontrak Emma benar-benar tamat.

“Saya difahamkan Emma menerima notis penamatan kontrak. Maknanya kontrak tersebut dah tamat, dan tiada isu saman. Tapi bagi saya nak tamatkan apa lagi kalau kontrak memang akan tamat. Benda memang dah nak selesai, jadi kita tunggu sampai ia selesai dan tak perlu besar-besarkan hal ini,” katanya.

Zizan selaku pemilik bersama WFE juga bersedia melepaskan Emma sekiranya hal itu menyusahkan semua pihak.

“Saya tak mahu membela sesiapa. Jika perkara ini menyusahkan syarikat dan perlu untuk saman, saman lah. Tapi jika tidak, tak payahlah saman. Kalau perlu, saya akan lepaskan Emma supaya tak menyusahkan,” katanya yang merancang untuk menemui pihak WFE bagi menyelesaikan kemelut ini dan juga status Zizan sendiri bersama WFE.

“Saya memang mahu berjumpa dan berbincang dengan mereka tapi saya belum ada kesempatan. Lebih mudah kalau berjumpa sebab saya pun nak selesaikan hal ini dengan jelas. Untung rugi saya bersama WFE, saya tak kisah. Saya cuma mahu fikir masa depan dan jika ada rezeki, saya mahu berumahtangga. Jadi saya tak mahu ada halangan daripada perkara-perkara yang tak perlu,” jelas Zizan mengakhiri bicara.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply