‘SAYA TAK HAMIL’ – ELLA

| 22/11/2013 | 0 Comments
  • Sumo

ADA desas-desus yang mengatakan penyanyi rock wanita Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sudah hamil? Ella tampil dengan menjawab dakwaan itu:

image

“BELUM ada rezeki lagi,” jelas ratu rock, Ella mengenai berita kehamilannya yang tersebar sejak sebulan yang lalu.

Menurut Ella dia menolak dakwaan itu kerana kenyataan itu beliau belum pernah keluarkan lagi. Tapi menurut Ella dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

GUA_Ella_Nikah_default_209540923

“Saya tak hamil lagi, tetapi saya memang merancang untuk memiliki anak. Dua bulan lalu, saya menjalani pembedahan membuang apendiks menerusi rawatan apendisektomi di Hospital Ampang Puteri.

“Doktor menasihati saya supaya berehat selama tiga bulan dan kini, saya masih dalam proses pemulihan. Nasib baik saya menyedarinya dari awal dan doktor menyarankan agar pembedahan di buat agar ia tidak mengganggu kehamilan sekiranya saya hamil.

“Saya ada dengar orang kata saya hamil dan ianya hanyalah salah faham. Tapi, saya tak marah kerana saya anggap itu adalah doa dan tanda prihatin peminat dan masyarakat terhadap saya,” katanya ketika ditemui di pentas akhir, rancangan realiti, Ratu Rania.

Ella sudah membuat kenyataan. Semoga khabar angin ini dapat dihentikan.

Incoming search terms:

  • ella malaysia kahwin

Tags: ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *