SEGALANYA TERJAWAB, AMAR BAHRIN DAN AMYRA ROSLI BAKAL NIKAH?

| 19/07/2016 | 0 Comments
  • Sumo

Amar-Baharin-Amyra-Rosli-Nikah-11-November-IniAkhirnya teka-teki terjawab apabila pelakon Amar Baharin dan juga Amyra Rosli memberitahu bahawa mereka akan mendirikan rumahtangga pada 11 November ini.

Pasangan ini akan mengadakan majlis pertunangan pada 22 Julai ini. Menurut Amyra, majlis merisik telah pun dilakukan pada tahun lepas (2015) ketika raya haji.

“Kami akan bersanding pada sehari selepas nikah iaitu 12 November 2016 (sebelah Amyra) dan 19 November di sebelah Amar,” kata Amar.

Selain itu Amar menjelaskan bahawa lokasi pernikahan dan resepsi masih lagi dalam perbincangan. Tambah Amar lagi, tarikh pernikahan tersebut juga adalah tarikh yang sama dengan hari lahir bapa Amyra.

 


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *