‘STOP IT” TEGUR AJAI KEPADA BEKAS ISTERI, NURUL WAHAB?

| 10/06/2015 | 0 Comments
  • Sumo

pagePenyanyi Nurul Wahab menerusi blog beliau menulis entri yang bertajuk Other Question Please! meluahkan rasa terkilan apabila kerap kali diasak dengan pertanyaan mengaitkan kisah silamnya dengan Ajai. Nurul menerusi entri tersebut turut menulis kisah diminta penganjur untuk berduet dengan bekas suaminya.

Tidak selesa dengan penulisan bekas isterinya itu, komposer Ajai meminta Nurul berhenti mengaitkan namanya dalam tulisan di blog mahupun memberi apa-apa kenyataan di media. Ajai walaupun dia sering ditanya  sejauh manakah hubungannya dengan Nurul, dia tidak pernah memberi reaksi memandangkan mereka tiada lagi apa-apa kaitan sejak bercerai pada tahun 2007.

“Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

“Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

“Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun),” katanya.

Nurrul  Blog

Entri Nurul di blog beliau

Sementara itu, Ajai berkata, buat masa ini dia tidak merancang untuk berduet dengan sesiapa pun kerana ingin memberi fokus terhadap album solo yang akan muncul tidak lama lagi. Malah sekiranya ingin berduet, dia hanya akan memilih penyanyi yang belum pernah berduet dengannya sahaja.

Incoming search terms:

  • penyanyi nurul

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *