(TERKINI) ERMA FATIMA FAILKAN PENCERAIAN – BERI NOTIS AMARAN PADA BADE?

| 11/06/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Sebelum ini sudah timbul khabar angin tentang penceraian pengarah Erma Fatima dengan suaminya Bade. Terkini,  Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membenarkan permohonan pelakon Erma Fatima untuk mengeluarkan notis amaran terhadap suaminya itu gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian mereka pada Khamis (hari ini).

pageHakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membuat keputusan itu selepas Bade gagal menghadirkan diri tanpa mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah.

Terdahulu, peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu.

Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat. Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *