‘TOLONG JANGAN BURUKKAN KAKAK SAYA LAGI’ – NELYDIA SENROSE

| 25/04/2016 | 0 Comments
  • Sumo

Image_3Pelakon cantik, Nelydia Senrose meminta orang ramai menghentikan tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap kakak kembarnya, Uqasha Senrose. Baginya segala tuduhan itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan, malah dirinya juga turut terkesan dengan perkara itu.

“Saya tahu ada orang keliling yang sering membandingkan saya dengan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya. Terus terang, saya tidak gembira walaupun perkara baik dikaitkan dengan diri saya. Yang mereka katakan itu kakak saya”

“Buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi jadi perhatian untuk benda negatif. Sebagai adik, saya tahu situasi sebenar yang berlaku,” jelasnya .

Pada masa yang sama, Nelydia berkata pihak luar tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku dan lebih cenderung menjatuhkan hukuman dari pemerhatian di media sosial. Malah katanya lagi, dengan membuat perbandingan diantara beliau dan kakaknya tidak sedikit pun membuatkan beliau berasa dihargai.

Nelydia yang mengulas lanjut mengenai beberapa kontroversi melanda Uqasha sejak kebelakangan ini, termasuk perselisihan faham diantara beliau dan pelakon, Hafidz Roshdi. Serta kritikan keatas cara pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung sehingga membuatkan ramai membencinya.

Incoming search terms:

  • Isu uqasha senrose tidak pakai tudung
  • uqasha senrose dan nelydia senrose
  • nelydia senrose dan uqasha senrose

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply