(VIDEO & GAMBAR) FELIXIA YEAP IKLAS BERHIJAB, BUKAN UNTUK RAIH PUBLISITI

| 10/01/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Personaliti Felixia Yeap yang dulunya terkenal dengan imej seksi sebagai model majalah Playboy edisi Filipina mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan imej baru yang bertudung labuh dan berbaju kurung.sp2g
Susulan itu, jumlah pengikutnya di Facebook jatuh merudum manakala imej barunya dikritik hebat oleh peminat kerana mereka menganggap gadis berusia 27 tahun itu sengaja mahu meraih publisiti meluas di kalangan orang muslim seluruh malaysia.

“Memang ramai yang mengatakan bahawa ini semua cara saya meraih publisiti. Tetapi biarlah Tuhan dan masa yang membuktikan bahawa saya ikhlas untuk berhijab.”

“Semua publisiti yang timbul sama ada baik atau buruk hanyalah bonus yang tidak pernah saya duga sama sekali dan berharap mereka tidak memandang serong terhadap perubahan ini.”

“Malah ramai yang menghantar mesej dan e-mel kepada saya berterima kasih kerana berani untuk berubah dan berhijab secara terbuka walaupun saya bukan Muslim.”

“Mereka kata perubahan saya memberi inspirasi untuk mereka mulai berhijab, terutamanya yang lahirnya sudah Islam.”

“Saya amat tersentuh dan gembira sokongan tersebut. Mereka juga telah menyedarkan saya bahawa bahawa setiap wanita berhak dihormati dan disayangi sebagai seorang insan, bukan kerana tubuh badan atau rupa parasnya.”

1532103_10153635430385655_2104282420_n

Video Felixia Yeap ketika ditemubual:


Tags:

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *