(VIDEO & GAMBAR) JUARA PARODI KHAS KENANG ARWAH YUS JAMBU PENUH AIR MATA

| 05/12/2015 | 0 Comments
  • Sumo

juara-parodi-khas-mengenang-arwah-pak-yusSemalam program Juara Parodi ditukar khas kepada mengenang pelawak Allahyarham Yus (Jambu) yang meninggal dunia pada 30 November lalu. Rata-rata rakan pelawak penuh emosi dan air mata kerana sebak mengenangkan arwah.

Rakan-rakan pelawak dan artis berkongsi pengalaman manis yang masih kuat dalam ingatan mereka sambil diiringi nyanyian daripada peserta Juara Parodi.

Rakan baiknya, pelawak Tauke mengakui minggu terakhir tema barang kenangan adalah merupakan salah satu tanda yang paling dekat sebelum pemergiannya.

Tauke berkata, penyanyi Misha Omar yang juga merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Yus sebelum ini menerima sebuah bingkai gambar yang seolah-olah menggambarkan pemergian Allahyarham.

juara-parodi-tribute-khas-arwah-pak-yus

“Saya duduk di belakang pentas sejak awal tadi kerana tidak mahu orang lihat saya menangis. Kalau kawan-kawan perasan sepatutnya minggu ini tema Juara Parodi adalah minggu kenangan. 

“Ketika Misha Omar terambil barang kenangan yang juga prop berupa sebuah bingkai gambar,” ujarnya.

juara-parodi-tribute-arwah-yus-jambu

Dalam pada itu, Tauke berkata, perkara yang masih ralat tidak sempat ditunaikan ialah melihat Allahyarham berkahwin.

“Apa yang saya tidak sempat lakukan adalan untuk kahwinkan dia. Saya pernah memperkenalkan seorang wanita kepadanya, namun belum ada jodoh,” ujarnya.

juara-parodi-khas-mengenang-arwah-yus-jambu

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi pada 30 November lalu. Jenazah  dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

#Repost @zonlawak with @repostapp.・・・Nyanyian terakhir dari rakan,teman atau lebih tepat lagi keluarga arwah Pak Yus dan berakhirlah sudah #PakYusDalamKenangan . Terima kasih buat anda semua yang menyokong arwah dan doakan yang baik-baik buatnya. Amin.

Posted by Astro Gempak on Friday, 4 December 2015

 


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *