VIDEO LAGU I AM ME DATUK VIDA CETUS HEBOH SATU DUNIA!

| 26/07/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Jika sebelum ini pernah kecoh dengan isu ciplak berkaitan lagu nyanyian jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, iaitu I Am Me.

Bagaimanapun isu berkenaan langsung tidak menjejaskan reputasi lagu tersebut dan ia terus menjadi tular dan hangat diperkatakan. Sehingga kini, terdapat lebih 2.4 juta yang telah menonton video lagu I Am Me.

Bukan setakat menjadi viral di negara ini, malah lagu I Am Me turut mendapat perhatian di luar negara.

Lebih membanggakan apabila lagu itu didengar di seluruh dunia dan 10 negara tertinggi yang mendengar lagu nyanyiannya selain Malaysia ialah Mesir, Singapura, Arab Saudi, Jordan, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Palestin dan Iraq.

Wah, memang hebat DS Vida. Ada juga yang berharap agar video lagu I Am Me mampu memecahkan rekod video-video popular yang lain.

Sama-sama kita nantikan.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *