ZED ZAIDI TERIMA UGUTAN BUNUH?
Isu hangat Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang dikatakan menghentam Aaron Aziz diatas kemenangan Aaron selaku Bintang Paling Popular ABPBH 2011 nampaknya masih belum reda. Sebelum ini laman rasmi Facebook Fanpage Zed Zaidi telah digodam oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka, Aaronators Crew. Kali ini pula beliau dikatakan telah menerima banyak ugutan bunuh.
Zed Zaidi yang melontarkan pendapat peribadi di Twitter serta blognya mengenai isu artis Malaysia yang seolah-olah dipinggirkan di negara sendiri, Zed Zaidi terus dikecam hebat oleh segelintir pihak terutamanya peminat Aaron Aziz. Malah, ekoran kelantangannya bersuara dalam menegakkan hak-hak artis Malaysia, beliau kini semakin dihimpit oleh tekanan beberapa pihak. Apapun Zed Zaidi memberitahu beliau sudah membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.
Zed Zaidi masih lagi tetap dengan pegangannya dan beliau masih mahu berjuang untuk membela artis Malaysia walaupun teruk dikecam pelbagai pihak. SM lihat wartawan Malaysia juga seperti sudah muak dengan ‘aksi’ Zed Zaidi sehinggakan mereka seolah-olah sengaja mencari kesalahan beliau.
Apapun, ada benarnya pandangan Zed Zaidi. Siapa lagi kalau bukan Seniman untuk memperjuangkan nasib artis tempatan. Namun demikian, artis tempatan juga tak bolehlah terlalu mengharap belas ihsan. Seharusnya mereka berusaha meningkatkan tahap diri masing-masing.
Category: HIBURAN

